Wira Warisan Sokong Ketepi Peralihan Kuasa, Fokus Bantu Rakyat

ISMAIL AYOB

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Wira Warisan menyokong penuh kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bahawa kerajaan perlu fokus menyelesaikan masalah rakyat terlebih dahulu daripada memikirkan soal peralihan kuasa.

Timbalan Ketua Wira Warisan Pusat, Mohd. Ismail Ayob berkata, kerajaan perlu membantu rakyat menyelesaikan masalah kenaikan kos sara hidup dengan cara melaksanakan dasar-dasar membangunkan ekonomi rakyat.

Katanya, golongan muda juga amat memerlukan bantuan-bantuan daripada kerajaan untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan demi meningkatkan ekonomi masing-masing.

“Sebagai anak muda kita menyokong apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri masalah rakyat ini adalah perkara penting jauh lebih penting daripada peraihan kuasa mandat yang diberi oleh rakyat selepas pilihan raya umum seharusnya direalisasikan dalam pentadbiran kerajaan hari ini.

“Kerana rakyat mahukan perubahan pembangunan ekonomi dan juga dalam konteks peluang pekerjaan anak muda dan bantuan untuk mewujudkan usahawan muda perlu dipertingkatkan,” katanya kepada Borneo Today.

Semalam, Mohd. Shafie ketika ditanya wartawan tentang keputusan Pakatan Harapan (PH) tidak menetapkan tarikh peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan penggantinya mahu supaya soal peralihan kuasa tidak dibangkitkan.

Mohd. Ismail berkata, anak muda sebenarnya tidak memikirkan sangat soal peralihan kuasa, sebaliknya mereka lebih mengutanakan tentang peluang yang ada dalam meningkatkan ekonomi.

“Bagi mereka kerajaan perlu proaktif dan memberikan peluang kepada anak muda.

“Selagi Tuj diberi kepercayaan untuk memimpin negara, ini sudah seharusnya kit sokong penuh kerana kita faham untuk menarik pelabur dari luar negara perkara pokok mereka nilai adalah kestabilan politik,” katanya.