Wira Warisan Putatan Bantu Baiki Rumah Pesakit Kronik

Oleh JENNIFER TUGUNG MICHAEL
KOTA KINABALU: Wira Warisan Putatan menghulurkan bantuan segera membaiki rumah seorang pesakit kronik yang senget dan hampir runtuh di Kampung Tanjung Aru Lama hari ini.

Gotong-royong membaiki rumah itu dihadiri Ketuanya, Mohammad Firdaus Diun dan pimpinan pemuda parti itu.

Mohammad Firdaus berkata, hasil gotong-royong itu, mereka berjaya membaik pulih tiang rumah itu agar lebih kukuh dan tidak runtuh.

“Rumah ini senget akibat angin ribut yang selalu melanda bila musim tengkujuh. Kerisauan pemilik rumah telah sampai kpengetahuan Wira dan kami bantu sekadar yang termampu.

“Diharapkan ada bantuan diberi kepada encik Mohd. Azrie agar dapat meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Mohmmad Firdaus berkata, beberapa sumbangan daripada Wira Warisan Putatan turut diserahkan kepada keluarga itu.

Rumah tersebut didiami Mohd. Azrie bersama isteri dan lima anaknya, namun keadaan rumah tersebut yang senget membahayakan penghuninya.

Sementara itu, Mohd. Azrie menzahirkan perasaan syukur di atas bantuan dan perhatian yang diberikan kepadanya.

“Gotong-royong muhibbah Mohammad Firdaus Diun, Sofuan Ibrahim dan rakan-rakan Wira dan Wirawati Warisan, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, akhirnya siap juga tanpa sebarang masalah. Semoga Allah memberkati kalian,” katanya menerusi akaun Facebooknya.