Wilis Ansoi Dilantik Pengarah Baru Jabatan Air Sabah Berkuatkuasa Jumaat

Willis Ansoi
Willis Ansoi

KOTA KINABALU – Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Ir Wilis @ Mojiron Ansoi, 58, dilantik sebagai pengarah Jabatan Air Sabah yang baharu, berkuat kuasa esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman, dalam kenyataan hari Khamis, berkata surat pertukaran ke jabatan berkenaan telahpun dikeluarkan dan beliau akan melaporkan diri di jabatan itu esok.

Pelantikan itu susulan penggantungan tugas penyandang dan timbalannya sbelum ini yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung keas salah guna kuasa dalam agihan projek bernilai RM3.3 bilion.

Wilis berkelulusan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Malaya pada tahun 1986.