WARISAN Sumbang Bantuan Makanan Kepada Askar Wataniah

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Kota Kinabalu telah menyumbang bantuan makanan kepada Rejimen Askar Wataniah pada hari Jumaat yang lalu.

Sebanyak 150 bungkus beras dan pek barangan keperluan harian telah diedarkan oleh Ketua Wira Kota Kinabalu Max Loo kepada wakil Askar Wataniah Major (K) Kong Yu Kiong.

Sumbangan ikhlas ini khas disediakan oleh Ketua Bahagian Warisan Kota Kinabalu, Datuk Junz Wong sebagai tanda penghargaan beliau kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani wabak Covid-19 ini.

Junz yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata, beliau akan memberi usaha yang terbaik dalam hal pengagihan bantuan makanan agar keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan tidak tercicir.

(Visited 2 times, 2 visits today)