WARISAN Kinabatangan Bantu Perkasa Wanita Luar Bandar Dengan Kemahiran

KINABATANGAN: Seiring dengan langkah membantu golongan wanita luar bandar menjana pendapatan sendiri, Wanita Parti Warisan Sabah (WARISAN) Bahagian Kinabatangan mengadakan Kursus Pemprosesan Makanan, di Kampung Danau Ria, Bukit Garam, di sini baru-baru ini.

Ketua Wanita WARISAN Bahagian Kinabatangan Rose Arde berkata, kursus yang disertai 30 orang peserta ini dilihat akan menggalakkan lagi wanita luar bandar menceburi bidang perniagaan.

Beliau berkata, melalui kursus itu peserta berpeluang mempelajari cara menghasilkan pelbagai mee termasuk mee kering dan mee basah.

Exco Wanita WARISAN Sabah ini berkata, penganjuran kursus itu selari dengan visi dan misi Wanita WARISAN untuk membantu wanita Kinabatangan menjana pendapatan bagi meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing.

“Wanita WARISAN akan terus melaksanakan pelbagai seminar serta kursus kemahiran bagi meningkatkan keupayaan wanita agar boleh memulakan perniagaan sendiri,” katanya dalam Majlis Penutupan Kursus Pemprosesan Makanan.

Majlis penutupan itu disempurnakan oleh Pegawai Pertanian Kinabatangan Awang Walit.