Warisan Gesa Supaya Nombor Telefon UPPM Diterbit

IZZATUL AINI

KOTA KINABALU: Wirawati Parti Warisan Sabah (WARISAN) telah menggesa supaya senarai nombor-nombor telefon Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah diterbit oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Untuk rekod, UPPM merupakan lantikan politik di bawah di bawah Jabatan Ketua Menteri. Terdapat ramai bekas calon GRS yang kalah dalam PRN lalu, telah dilantik sebagai UPPM.

Melalui sebuah yang kenyataan media yang dikeluarkan pada hari Sabtu, Izzatul Aini yang merupakan bekas Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Sabah berkata, terbitan maklumat UPPM adalah mustahak agar rakyat yang memerlukan bantuan mempunyai cara berhubung dengan wakil-wakil kerajaan.

“Saya menerima banyak aduan dari rakyat. Lebih-lebih lagi di masa pandemik Covid-19 menular.”

“Rakyat hilang arah dan tidak tahu siapa perlu dihubungi untuk memohon bantuan, kerana kerajaan tidak menyenaraikan cara menghubungi UPPM masing-masing.”

“Malah ramai rakyat masih tidak tahu siapa UPPM di kawasan masing-masing.”

Izzatul yang juga merupakan Ketua Wirawati Warisan Putatan menambah, keadaan sekarang amat berbeza dengan pentadbiran Warisan.

“Ketika saya berkhidmat di Pejabat Ketua Menteri pada era pemerintahan Warisan, senarai UPPM itu kami ada buat.”

“Senarai nama UPPM, nombor telefon pejabat dan telefon bimbit UPPM, semua kami sebarkan kepada umum kerana kami mahu memudahkan urusan di antara rakyat dan kerajaan.”

“Tapi sekarang, maklumat menghubungi UPPM masing-masing tidak boleh dijumpa di mana-mana.”

Kata Izzatul, pihaknya dimaklumakan bahawa peruntukan yang besar telah disediakan kepada UPPM.

“GRS sudah umum bahawa sudah ada peruntukan untuk UPPM. Peruntukan itu sudah disediakan, jadi UPPM harus mengguna sebaik mungkin peruntukan itu untuk rakyat yang susah.”