Warga Tua Maut Dirempuh Kereta Di Batu 6; Harap Saksi Tampil Ke Depan

1718
AZHAR HAMIN

SANDAKAN: Seorang wanita warga tua maut dirempuh kereta ketika melintas jalan raya dalam kejadian di Batu 6, Jalan Utara, di sini, Isnin pagi.

Mangsa, Leong Siew Thai, 64, disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Duchess of Kent.

Dalam kejadian jam 7.55 pagi itu, mangsa dipercayai berlari melintas jalan sebelum dilanggar sebuah kereta Perodua Kenari yang dalam perjalanan dari arah Indah Jaya ke politeknik, Batu 10.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata kemalangan berlaku di tengah lorong sebelah kiri jalan menuju ke Batu 6.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau meminta saksi yang melihat kejadian berkenaan agar tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi talian 089-242254. – Poliana Ronnie Sidom/bharian.com

BACA SELANJUT: –

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/09/330089/wanita-warga-tua-maut-dirempuh-kereta