Warga Emas Melecur, Rumah Terbakar Di Penampang

Rumah yang terbakar dalam kejadian di Kampung Gunsing, Penampang.

OLEH NORA AHMAD
PENAMPANG: Seorang wanita warga emas melecur di bahagian tangan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Gunsing, petang tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang itu, mangsa Hariman Anran, 60, hanya cedera ringan sebelum diberi rawatan oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Jurucakap Pusat Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pASUKANberhubung kejadian itu pada pukul 3.57 petang.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak lima kilometer dari balai.

“Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Halim Majid bersama 11 anggota dengan kekuatan logistik sebuah jentera

kecemasan Fire Rescue Tender, tangki air dan sebuah jentera EMRS,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Jurucakap berkata, menurut Komander Operasi, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal musnah 100 peratus akibat kejadian itu.

“Terdapat seorang mangsa wanita dikenali sebagai Hariman Anran berusia 60 tahun mengalami cedera ringan iaitu melecur di bahagian

tangan dan telah diberi rawatan oleh pasukan EMRS.

“Pasukan bomba kemudian berjaya mengawal api daripada merebak dan seterusnya mengawal kebakaran itu pada pukul 4.10 petang,” katanya.

Menurut jurucakap, operasi ditamatkan pada pukul 5.28 petang selepas semuanya dalam keadaan selamat. 16:10:00 dan tamat sepenuhnya pada jam

“Operasi ditamatkan dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.