Warga Emas Maut Kebakaran : Berita BTtv. Berita Borneo. Lensa Borneo 26 October 2019

165
Bersama Hikma Juni
  • Suami isteri warga emas maut kebakaran di kampung Kinapulidan, Ranau, awal pagi tadi.
  • Satu lagi mayat mangsa bot karam ditemui di pulau Mataking, Semporna, tengahari tadi.
  • Kerajaan Sabah menghargai sumbangan penting komuniti India dalam membawa kemajuan menerusi pelbagai aspek pembangunan negeri. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal berkata walaupun komuniti India di Sabah adalah kecil, namun mereka memiliki ramai professional dan turut menyumbang kepada pembangunan negeri dalam pelbagai bidang sejak zaman penjajah lagi.
  • Sambutan Deepavali antara perayaan yang dinanti-nantikan masyarakat India setiap tahun. Tinjauan persiapan Deepavali di kalangan warga UMS.
  • Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang menjadi dasar kerajaan untuk meningkatkan ekonomi dan taraf kehidupan rakyat dalam tempoh 10 tahun akan datang tidak akan dicapai di Sandakan jika infrastruktur asas di bandar itu gagal diperbaiki kata Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong dalam sesi perbahasan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, kelmarin.
  • Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Junz Wong berkata peruntukan khas dalam Belanjawan Negeri 2020 akan disediakan bagi membantu graduan menceburkan diri dalam bidang pertanian dan perikanan. Langkah itu bagi menggalakkan graduan universiti menjadi usahawan tani yang berjaya dan membantu mewujudkan peluang pekerjaan.
  • Ketua Menteri berkata sektor pembuatan menjadi kunci penting kepada negeri ini dalam usaha bergerak maju ke arah mencapai status perindustrian menjelang tahun 2030. Katanya, kerajaan negeri juga sedia mendengar idea dari persatuan pemaju perumahan dan hartanah sabah, SHAREDA bagi menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk membincangkan isu-isu seperti bahan binaan dan sebagainya.
  • Kedudukan Putatan di pesisir pantai harus dimanfaatkan oleh masyarakat setempat bagi membangunkan industri hiliran dalam sektor perikanan. Ketua Menteri berkata belia di Putatan perlu lebih inovatif memanfaatkan persekitaran dan kemajuan teknologi bagi membangunkan sektor perikanan di daerah ini.
  • Aksi Drift Fun Gymkhana di Tuaran sempena Bulan Sukan Negara.