Warga Emas Maut, 60 Buah Rumah di Kampung Titingan Musnah Dijilat Api

Api di Kawasan setinggan Kampung Titingan musnah 60 buah rumah dalam kebakaran awal pagi Selasa. Seorang warga emas maut kerana sesak nafas. – Gambar ihsan Facebook

Oleh PEMBERITA BORNEOTODAY
TAWAU: Seorang mati dan 60 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama awal pagi Selasa.

Sabon Ola, seorang warga emas berumur 82 tahun pengsan dan dihantar ke hospital berhampiran menggunakan Jentera EMRS dan dilaporkan mangsa meninggal dunia oleh pihak hospital.

Kebakaran melibatkan rumah setinggan tiga blok dengan anggaran terlibat 60 buah rumah dan keluasan terbakar adalah 1 ekar, pihak BOMBA Tawau berkata dalam satu kenyataan.

Jurucakap Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.55 tengah malam sebelum 26 anggota bomba bersama empat jentera dan empat utiliti dikerah ke lokasi.

Empat orang dari BBP Kunak turut membantu.

Mengikut kenyataan itu, api merebak dengan pantas berikutan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain.

Kebakaran di Kampung Titingan awal Selasa pagi. – Gambar ihsan Facebook

Api itu dapat di kawal pada 2.28 pagi dan operasi tamat pada jam 4:03 pagi.

Menurut jurucakap Bomba, punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

Ini sudah kali kedua kawasan Kampung Titingan ini terbakar, cuma berlainan blok saja.