Wanita Samun Pemandu E-hailing Berjaya Ditahan

TAWAU: Seorang wanita ditahan dipercayai telah menyamun pemandu e-hailing di Batu 3, Jalan Apas pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, wanita warga asing itu ditahan pada 19 Januari lalu, kira-kira jam 2 petang di kawasan Jalan Air Panas.

Penahanan itu dilakukan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Beliau berkata, sebelum kejadian, suspek difahamkan membuat tempahan menerusi aplikasi e-hailing untuk dihantar ke kawasan Batu 3, Jalan Apas.

Semasa dalam perjalanan, suspek bertindak menyamun pemandu e-haliling iaitu seorang lelaki tempatan berusia 20-an.

Suspek dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.