Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, wanita yang dikenali sebagai Norsila Sayong,32, disahkan meninggal dunia semasa ditemukan pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.42 petang dan sekumpulan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, dimaklumkan seorang mangsa wanita dipercayai dibaham buaya semasa sedang memancing di sungai tersebut.
Sebelum kejadian difahamkan mangsa bersama ahli keluarga lain sedang memancing di sungai itu sebelum mangsa diserang buaya ketika sedang mencuci kaki di sungai.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan kedua kaki dan tangan tiada, dipercayai dibaham buaya. Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8 pagi tadi.