Wanita Dipenjara Sebulan Milik Telur Penyu

Oleh TERTIA JACOB
SANDAKAN: Seorang wanita terpaksa meringkuk selama empat minggu di penjara selepas didapati bersalah memiliki 27 biji telur penyu, kira-kira tiga tahun lalu.

Wanita terbabit, Bahira Juwah, 53, turut didenda RM800, selain diarah dirujuk ke Jabatan Imigresen oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Indra Ayub.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Jalan Pryer, kira-kira jam 11.30 pagi, 12 Oktober 2017.

Berdasarkan fakta itu, sepasukan anggota penguatkuasa dari Jabatan Hidupan Liar yang melakukan pemeriksaan mendapati tertuduh gagal menunjukkan pemilikan yang sah ke atas 27 biji telur penyu spesies Penyu Hijau (Chelonia mydas).

Tertuduh didakwa mengikut Sekyyen 40(2)(a) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 40(3) enakmen yang sama.

Pendakwaan dilakukan, Timbalan Pendakwa Raya, Lim Sze Chuen.