Waktu Operasi Stesyen Minyak Ditambah – SKN Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membenarkan tambahan masa operasi bagi stesyen minyak di negeri ini khas untuk membekalkan petrol dan diesel untuk kenderaan yang membawa barangan keperluan sahaja.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Safar Untong berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Pusat Arahan Covid-19 Sabah, di sini hari ini.

Katanya, sebelum ini, stesyen-stesyen minyak di seluruh negeri hanya dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga jam 2 petang sahaja.

Namun, dalam mesyuarat tadi, kerajaan memutuskan tambahan masa dari 2 hingga 6 petang dibenarkan khusus untuk pembekalan petrol dan diesel kepada kenderaan-kenderaan yang membawa barangan keperluan atau untuk tujuan operasi perkhidmatan penting sahaja.

Katanya, ketetapan ini mula berkuatkuasa serta-merta.