Vivian Wong Menang Besar Dengan 11,521 Majoriti

17406
Ketua Menteri Sabah dengan Vivian Wong serta pemimpin lain. Vivian menang PRK Sandakan.

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
SANDAKAN: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan menyaksikan calon DAP, Vivian Wong menang dengan majoriti 11,521 undi.

Kemenangan besar itu dicapai walaupun peratusan keluar mengundi rendah iaitu hanya 54.22 peratus.

Vivian memperoleh 16,012 undi berbanding pencabar terdekatnya iaitu Datuk Linda Tsen Thau Lin daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) yang hanya meraih 4,491 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengumumkan keputusan rasmi sebentar lagi.

SUSULAN KEMUDIAN