Usul Sempadan Semula Diluluskan Di Parlimen Dengan Laungan ‘Tipu’ Dan ‘Curi’

3266
Najib Razak tiba di Parlimen Rabu untuk membentangkan Usul Sempadan Semula SPRM.

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini (Rabu) meluluskan usul Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya dengan laungan “tipu” dan “curi” daripada ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).

Usul yang dibawa Perdana Menteri Najib Razak itu diluluskan apabila majoriti 129 ahli Parlimen menyokong berbanding 80 ahli Parlimen menolak.

Ketika menggulung perbahasan usul tersebut, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun kerajaan tidak bersetuju dengan pelaksanaan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihah Raya (SPR), tetapi ia dikemukakan melalui saluran yang betul.

“Cadangan SPR itu juga tidak dipersetujui kerajaan. Tetapi kita (kerajaan) tak mahu campur tangan. Kita ikut Perlembagaan bagi membenarkan SPR menjalankan tugas mereka,” kata Zahid ketika berucap.

Usul itu diluluskan melalui pengundian belah bahagi yang dijalankan sejurus Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi selesai mengulung sesi perbahasan.

Wan Azizah, kanan, dan Lim Kit Siang

Ahli-ahli Parlimen pembangkang kemudiannya berdiri mengangkat plakad kuning tertera perkataan “Bangkit Rakyat Hentikan Penipuan” sebaik sahaja Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia mengumumkan keputusan undi belah bahagi itu.

Beberapa ahli Parlimen PH menyuarakan rasa sedih mereka atas keputusan usul persempadanan itu.

“Dalam blok pembangkang, kesemua membantah kecuali Bandar Tun Razak kita tak pasti.
“PAS, Warisan bersama PH membantah usul tersebut,” kata ahli Parlimen Seremban Anthony Loke.

Presiden PH Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkata usul tersebut diluluskan dengan tergesa-gesa, manakala Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula berkata hak rakyat Malaysia dinafikan.

AZMIN ALI

“Saya rasa hari ini adalah paling sedih kepada semua pengundi di Malaysia.

“Kita tidak mampu selamatkan negara kita.

“Hari ini bentang embargo, hari ini juga terus diluluskan,” katanya.

Sesi perbahasan usul berkenaan yang bermula pada pukul 12.30 tengahari menyaksikan seramai 14 ahli Parlimen daripada pihak kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dengan setiap pembahas diberikan masa 10 minit.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali ketika perbahasan menyifatkan proses persempadanan semula SPR itu secara terang-terangan membantu “survival” Barisan Nasional pada pilihan raya nanti.

Beliau turut memberi contoh di mana, persempadanan semula pernah dilakukan pada PRU sebelum ini bagi menjamin kemenangan parti BN. – themalaysianinsight

BACA LAGI DISINI: –

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/45544/