Usaha Pihak Swasta dan NGO Dialu-alukan Dalam Membantu Pembangunan Usahawan

507
Rakam Sijim (bertopi kuning) bergambar dengan sebahagian peserta kursus

Oleh PEMBERITA BORNEOTODAY
KOTA KINABALU: Setiausaha Politik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah Rakam Sijim mengalu-alukan usaha dan memuji penglibatan pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan dalam membangunkan usahawan “cottage industry”.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kursus Asas Pembuatan Sabun dan Losyen kendalian Borneo Bond Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab Revolusi Usahawan Sabah (KRUSabah) dan Kelab Pereka Cipta dan Inovator Kota Kinabalu.

Kursus sehari itu telah diadakan pada Ahad di Cyber Square, Kepayan dekat sini dan telah dihadiri oleh 15 orang peserta.

“Kursus ini memberi peluang perniagaan kepada peserta untuk menghasilkan sabun dan losyen serta memasarkannya sendiri.”

Memerhati bahan-bahan yang digunakan untuk pembuatan sabun.

“Dengan cara ini usahawan akan dapat dibangunkan dan sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup mereka,” kata Rakam.

Rakam berharap mereka yang telah menyertai kursus akan terus berusaha dan menghasilkan produk yang telah dipelajari dan menambah pendapatan masing-masing.

Kursus sebegini akan memberi inspirasi kepada peserta untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada peringkat awal dengan menggunakan tenaga buruh keluarga yang ada.

Berucap dalam upacara perasmian kursus.

Para peserta juga boleh mengambil kesempatan dari program-program pembiayaan yang disediakan oleh jabatan dan agensi kerajaan.

Kursus sebegini selain dari memberikan tunjukajar ianya juga dapat mengwujudkan jaringan di kalangan peserta untuk berkongsi pengalaman.

Rakam menyeru agar lebih banyak lagi syarikat, NGO dan usahawan yang telah berjaya tampil membantu dalam pengwujudan usahawan industri kecil atau “cottage industry”.