UPKO Sokong Prinsip Desentralisasi Untuk Sabah

Oleh MADIUS TANGAU
KOMEN: Apabila kerajaan negeri membuat dasar tersendiri (yang berlainan dengan kerajaan pusat) supaya lebih berkesan menangani keadaan semasa tentunya ini sesuatu yang dituntut oleh rakyat di atas prinsip desentralisasi dalam urus tadbir kerajaan.

Desentralisasi adalah perjuangan rakyat jelata dan sebagai peneraju kepada perjuangan tersebut dan sudah tentulah Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memberi sokongan dan kerjasama dalam apa juga langkah desentralisasi apa lagi jikasekiaranya dasar itu berkesan dan berimpak tinggi.

Namun demikian pelaksanaan dasar baru seperti itu perlulah ada koordinasi diantara semua pihak yang terlibat terutama sekali kerajaan pusat. Ini adalah kerana, penguatkuasaan dasar tersebut melibatkan agensi-agensi DAN jabatan daripada kerajaan pusat.

Langkah memperkenalkan dasar baru tanpa penyelarasan hanya membuatkan keadaan berserabut yang sudah pun TELAH BERLAKU apabila PKP dijadualkan berakhir pada 28 Jun, kenapa tidak dibuat perancangan dan buat pengumuman yang lebih awal supaya para peniaga dapat bersedia dan agensi penguatkuasa juga dapat bersedia?

(Pihak kerajaan Negeri dalam memperkenalkan dasar baru yang berlainan daripada kerajaan Pusat perlulah membuat keputusan tersebut berdasarkan kepada ‘scientific reasons and data’ dan perlu lebih bersedia dalam memaklumkan dan menjustifikasi keputusan tersebut kepada kerajaan pusat supaya tidak berlaku lagi kekeliruan yang hanya akan menyusahkan dan memberikan tekanan kepada rakyat jelata.)

Apakah kerajaan Sabah sekarang tidak lagi dapat bekerjasama dengan kerajaan pusat? Rakyat jelata sudah cukup pening sekarang ini. Pelbagai persoalan timbul menambah kekusutan dan ketidaktentuan.

Walaupun kes harian berkurangan tetapi ini bukan mengambarkan keadaan sebenar sebab dia berkait dengan jumlah sampel yang diuji setiap hari. Tambahan pula Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sendiri sudah mengatakan bahawa Covid-19 ini sudah menjadi endemic dalam komuniti kita.

Sebab itulah untuk memerangi Covid-19 ini Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah-langkah untuk melibatkan secara langsung dalam program vaksinasi termasuk dalam perolehan vaksin yang kini menjadi punca utama kenapa kadar vaksinasi Sabah adakah yang paling rendah di negara ini.

Oleh itu UPKO sekali lagi mengesa pihak yang berwajib supaya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibuka untuk membolehkan Wakil-Wakil rakyat membahaskan isu-isu dasar semasa.

* Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau ialah Presiden UPKO dan Ahli Parlimen Tuaran