Upacara Penghormatan Kematian Cetus Kluster Baharu di Ranau

KOTA KINABALU: Kes positif baharu Covid-19 di Sabah kembali meningkat kepada 1,000 kes dengan 22 kes kematian dan satu kluster baharu.

Hari ini terdapat satu kluster baharu direkodkan iaitu kluster Mokodou, Ranau yang berpunca daripada kehadiran orang ramai semasa upacara penghormatan orang meningal dunia.
Lebih daripada 60 peratus penduduk kampung hadir di acara tersebut dan setakat ini 94 kes telah dikesan positif dan dijangka akan bertambah apabila keputusan saringan diketahui sepenuhnya.

Beliau berkata, berdasarkan kes hari ini, 14 daerah merekodkan peningkatan kes manakala, 13 daerah lagi mencatatkan penurunan kes.

Hari ini, Kota Kinabalu satu-satunya daerah mencatatkan kes tiga angka dengan 114 kes positif Covid-19 diikuti dengan Ranau 99 kes, Sandakan 96 kes, Kota Marudu 70 kes dan Keningau 66 kes.

Katanya, daripada 1,000 kes positif hari ini, 355 kes merupakan kes daftar lewat antara dua hingga melebihi lima hari. Terdapat 15 kes melibatkan orang kena tahan (OKT) atau banduan yang direkodkan hari ini.

Masidi berkata, saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 551 kes atau 55.1 peratus, saringan bergejala 349 kes manakala, 24 kes daripada saringan kluster, satu kes daripada saringan bersasar dan 75 melalui saringan lain-lain.

Tambahnya, hampir separuh kes positif hari ini membabitkan individu yang sudah menerima dua dos iaitu 454 kes manakala, seramai 102 kes positif membabitkan pesakit sudah menerima satu dos vaksin.