Undian Umum: Rakyat Sabah Bangkit Pertahankan Hak Negeri, Sokong Parti Warisan Sabah.

KOTA KINABALU: Kajian dan undian umum dikalangan rakyat Sabah khususnya pengundi muda menunjukkan sokongan melebihi kepada Parti Warisan Sabah (Warisan berbanding parti-parti lain).

Ini adalah berikutan kebangkitan dan peningkatan kesedaran rakyat di negeri ini mempertahankan dan memperjuangkan hak sabah.

Mereka berpendapat parti-parti didalam Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) tidak akan mampu mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak negeri Sabah.

Yang memeranjatkan mereka yang ditemuramah mendakwa, parti-parti politik yang muncul semula yang bertanding dalam pilihanraya negeri Sabah kali ini adalah ‘seperti’ ditaja untuk bersama Perikatan Nasional dan Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan Parti Warisan Sabah.

Ahli Parlimen Labuan YB Datuk Rozman Isli berucap ketika mengiringi YAB Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal Ketua Menteri Sabah Merangkap Presiden Parti Warisan Sabah dalam siri Program Jelajah sempena Pilihanraya Negeri Sabah ke 16 bertempat di Kundasang.

“Amat sedih bila melihat sepanjang kempen pilihanraya kali ini, Parti Warisan Sabah ‘dikeroyok’ oleh banyak parti.

“Yang lebih menyedihkan ada parti-parti politik ini yang tak perlu kita sebut nama, adalah parti tempatan Sabah, turut bersama PN dan BN mengeroyok satu parti tempatan – Parti Warisan Sabah.

“Namun sepanjang Kempen, Parti Warisan Sabah konsisten menjawab pertuduhan melulu dari parti-parti yang mengeroyok nya,” kata seorang pengundi muda, Mohd Jurain Edmund Abdullah.

Parti-parti yang mendakwa memperjuangkan hak negeri Sabah dan bertanding dalam pilihanraya ini ‘kononnya’ secara bersendirian, tetapi kelihatan bersama Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.

“Ini memungkinkan kerjasama akan datang selepas pilihanraya dikalangan mereka ini…

“Oleh itu, persoalannya, adakah perjuangan hak Sabah dapat diteruskan sekiranya parti-parti tempatan Sabah ini bergabung dan bekerjasama dengan PN dan BN, yang mana sebelum ini kerjasama terbentuk pun hak Sabah dalam MA63 masih tidak diselesaikan,” soalnya.

“Saya tak mahu gadaikan maruah negeri Sabah, saya tidak mahu melihat sumber negeri kelahiran saya terus diperlekehkan sehingga Sabah diperkecil-kecilkan dan diisytihar sebagai antara negari miskin meskipun mempunyai sumber kekayaan minyak dan gas serta kelapa sawit,” kata Elizabeth Nuinsin.

“Kami sebagai anak muda, mahu melihat Sabah diurus tadbir dengan adil dan ianya adalah dari parti tempatan Sabah Parti Warisan Sabah,” katanya.