Undi Tidak Percaya Ke Atas Muhyiddin Diterima Untuk Dibahas

RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA KINABALU: Usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dibawa ke Sidang Dewan Rakyat akan datang.

Perkara itu disahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof selepas beliau menerima usul dikemukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Pada 4 Mei saya telah menerima dua usul daripada yang berhormat Ahli Parlimen Langkawi iaitu satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 4 yang membangkitkan iaitu Yang Dipertua Dewan Rakyat penggal ini dikekalkan sehingga dewan yang mulia ini dibubarkan.

“Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) yang menbangkitkan iaitu mengemukakan resolusi membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Parlimen Dewan Rakyat tidak mempunyai sokongan majoriti ahli dewan.

“Setelah penelitian berdasarkan penjelasan yang dikemukakan, saya memutuskan bahawa usul di bawah Peraturan 4 adalah ditolak kerana tidak mematuhi peraturan mesyuarat manakala usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) diterima,” katanya.