UMNO: Tidak Perlu Lantik Menteri Cina Di Sabah

PUTRAJAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu melantik menteri Kabinet daripada bangsa Cina selepas semua calon mereka daripada kaum itu tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Tan Sri Annuar Musa.

Annuar sebelum ini berkata, sekutunya, Pas yang tidak bertanding pula layak untuk menerima satu daripada enam jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik.

“Saya bercakap dengan rakan kami Bersatu pada malam kerajaan negeri dibentuk dan menyedari tiada wakil rakyat Cina di pihak kami.

“Jika melihat tradisi Sabah, daripada tiga jawatan Timbalan Ketua Menteri, seorang bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam dan yang terakhir Cina.

“Tetapi sukar apabila tiada wakil rakyat Cina dipilih, rakyat telah buat keputusan dan kami akan menghormatinya,” katanya seperti dilaporkan Malay Mail.

Menurut Artikel 14 Perlembagaan Sabah, Yang Dipertua Sabah boleh melantik enam ADUN Dilantik atas cadangan kerajaan negeri.