UMAT ISLAM DI LABUAN TIDAK BENAR ZIARAH KUBUR SEPANJANG AIDILFITRI

Gambar sekadar ilustrasi.

LABUAN: Labuan bersama Selangor, turut tidak membenarkan umat Islam di pulau bebas sukai sini menziarahi tanah perkuburan sepanjang sambutan Aidilfitri, samada sebelum, selepas solat sunat hari raya dan hari berikutnya.

Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman berkata ketetapan itu diambil selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

“Ianya berpandukan kepada arahan terkini Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan…tidak dinafikan ada yang kelihatan mengeluarkan hantaran (posting) dalam Facebook menzirarahi pusara, dan diharapkan warga Labuan patuh dengan arahan ini,” katanya.

Katanya tempoh ketetapan itu berkuat kuasa adalah tertakluk kepada suatu kenyataan lain yang akan dikeluarkan jabatan tersebut.