Ulang Tahun Ke-70 Bishop Cornelius Piong Disambut Meriah

Bishop Datuk Cornelius (tengah) bersama para tetamu jemputan bergambar beramai-ramai.

Oleh BORNEOTODAY
KENINGAU: Ulang tahun kelahiran ke-70 Bapa Uskup Rt.Rev.Datuk Cornelius Piong pada Selesa di Dewan Solidariti Dataran Keuskupan Keningau disambut meriah dengan kehadiran kira-kira 2,000 orang.

Turut hadir memeriahkan majlis itu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan isteri, Tan Sri Bernard Dompok, Tan Sri Joseph Kurup dan isteri, Tan Sri Wences Angang, Datuk Elron Alfred Angin, Datuk Claudius Roman dan Isteri serta Setiausaha Politik DSP Madius Tangau, Joisin Romut.

Majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran semua Paderi Keuskupan Keningau, Mother Frances Mani, Mother General dan para sister FSIC, Lokal Superior Kongregasi Putri Karmel, para religius dan keluarga Bishop serta umat Paroki Katedral St. Francis Xavier (SXF) Keningau.

Ewon (dua dari kiri), Dompok (tiga dari kiri), Pairin (kanan), Wences (kiri) bersama Bishop Datuk Cornelius (dua dari kanan).

Selain sambutan hari jadi Bishop Datuk Cornelius, turut diraikan hari jadi Fr. Lazarous Uhin dan Fr. David Gasikol.

Pelbagai persembahan disusun pada majlis itu termasuk persembahan 70 kanak-kanak dari sekolah minggu katedral SFX dan persembahan Koir Belia Katedral SFX dan KUK gereja Tohan Baru, Keningau.