Aplikasi dibangunkan dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Islam Kedah Berhad dan Universiti Utara Malaysia (UUM) ini menyasarkan pengusaha restoran halal di Sabah.
Dianggarkan 1,000 pengusaha restoran termasuk restoran mamak di Sabah akan menyertai aplikasi yang dilancarkan hari ini.
Mana-mana individu yang ingin menjadi penghantar makanan Tut Tut boleh menyertai pasukan TT delivery Sabah.
Aplikasi Tut Tut ini boleh dimuat naik menerusi playstore.