Tun Juhar, Shafie Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja

1042
Tun Juhar (kiri) dan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie (kanan) sedang berbual dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud (dua dari kanan) dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua dari kiri) sementara menunggu Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-253 bermula.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-253 di Istana Negara di sini pagi tadi.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah (kiri) sedang berbual dengan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie, Tun Abdul Taib dan Datuk Amar Awang Tengah.

Mesyuarat bermula hari ini selama dua hari dan dipengerusikan oleh Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Ia turut dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Terengganu.