Tujuh Rumah Setinggan Musnah Terbakar Di Putatan Pagi Selasa

Tujuh rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Ketiau.

KOTA KINABALU: Tujuh rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Ketiau, Putatan dekat sini hari Selasa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 9.10 pagi dan tujuh jentera bersama 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira 19 minit kemudian dan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.03 pagi,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.