Tujuh Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kg Tebobon, Manggatal

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Tujuh rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Tebobon, Manggatal awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 2.27 pagi dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dari BBP Lintas digerakkan ke lokasi kejadian bersama pegawai serta 10 anggota.

Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dengan kekuatan 10 anggota turut dikejarkan ke lokasi kejadian menggunakan sebuah jentera FRT dan sebuah jentera lori tangki sebagai pasukan bantuan.

Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan tujuh buah rumah termasuk sebuah kedai jenis separuh kekal dan tidak kekal masing-masing terbakar sepenuhnya.

Operasi terkawal pada 04.36 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada 8.03 pagi.

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa diaporkan sementara punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran, JBPM Sabah.