TUDM Dahului Acara Bulan Sukan Negara

123

LABUAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendahului kesemua agensi kerajaan, badan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalani acara Bulan Sukan Negara.

Di Labuan, larian jarak jauh, RMAF 10km Challenge melibatkan 900 warga TUDM Labuan dianjurkan bermula dan berakhir di Pengkalan Udara Labuan menyusuri Jalan Tun Mustapha.

TUDM mengetengahkan elemen 3M – murah, mudah dan menarik dalam perlaksanaan acara sukan mereka yang merangkumi kecerdasan berbentuk pertandingan dan rekreasi selaras dengan saranan Kementerian Belia dan Sukan.

Pelbagai aktiviti kecerdasan telah dirancang melibatkan semua peringkat markas pemerintahan, pengkalan skuadron, unit dan pusat latihan bagi menyemarakkan bulan sukan negara sepanjang bulan Oktober ini.

Objektif perlaksanaan bulan sukan negara adalah untuk meningkatkan kesedaran dikalangan warga TUDM bahawa bersukan merupakan aktiviti penting meningkatkan kecerdasan dan promosikan gaya hidup sihat selain pereratkan hubungan dikalangan warga TUDM.

Bulan sukan negara 2019 peringkat TUDM Labuan dilancarkan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang turut menyertai Larian 10km itu.

Kemuncak acara bulan sukan negara adalah pada 12 Oktober depan dan bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.