Tindakan Tegas Menanti Kontraktor Tidak Ikut Piawaian – Menteri KPI

3629

Oleh PETER ANTHONY
KOMEN: Kementerian Pembangunan Infrastruktur ataupun KPI mengambil maklum dengan masalah kritikal yang dihadapi oleh pengguna jalanraya di seluruh Sabah yang mengakibatkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

Pihak kementerian telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah untuk mengambil langkah segera bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna jalanraya.

Pihak JKR juga sudah mengarahkan pihak konsesi syarikat seperti Lintasan Resources untuk melaksanakan kerja kerja pembaikan ‘Heavy Patching dan Regulating Works’ termasuk meletakkan papan tanda peringatan di semua lokasi yang rosak dengan kadar segera.

Laluan yang menghubungkan antara Kota Kinabalu-Telupid-Beluran-Sandakan ini merupakan jalan di bawah pembiayaan kerajaan persekutuan dan merupakan jalan utama menghubungkan pantai Timur.

Walaupun jalan jalan ini merupakan jalan Persekutuan, pihak KPI tidak akan teragak agak untuk mengambil tidakan tegas sekiranya kontrak perlaksana terbabit tidak menjalankan kerja kerja mengikut piawaian yang ditetapkan.

Ini termasuk menyediakan laporan lengkap di peringkat Negeri untuk dicadangkan kepada kerajaan persekutuan agar kontrak konsesi syarikat yang terlibat di tamatkan sekiranya didapati gagal menjalankan kerja kerja tersebut dengan baik.

Untuk Jalan Sepulut-Kalabakan pula, pihak Kementerian sedang dan dalam implimentasi mengantikan Syarikat Globinaco di sebabkan reputasi kualiti kerja yang tidak baik.

KPI mengambil maklum keadaan kritikal jalan di seluruh Sabah dan akan memastikan jalan jalan tersebut selamat di gunakan.

Antara kelewatan pembaikan jalan jalan tersebut juga, disebabkan ia termasuk dalam cadangan menaiktaraf projek Pan Borneo.

Ini mengakibatkan ada di antara jalan jalan tersebut tidak di selenggara/diberi peruntukan sementara menunggu perlaksana Pan Borneo tersebut.

Orang ramai di minta untuk terus menghubungi JKR Sabah sekiranya mempunyai maklumat kerosakan dan tidak mendengar komen ataupun ‘Posting Liar’ yang disiarkan dalam media sosial oleh pihak tertentu dengan tujuan memburukkan kerajaan sekarang.

• Peter Anthony ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur (KPI) Sabah

BERITA BERKAITAN: –

RM37J Diperlukan Baiki Kerosakan Laluan Telupid-Beluran – JKR Sabah