Tiga Suspek Skandal Air Sabah Akan Didakwa Hari Khamis di Mahkamah Sesyen

Three more senior officers of the Sabah Water department in Sabah have been nabbed Thursday for suspected corruption, raising to 22 the number of officers nabbed so far under the second phase of MACC’s 'Ops Water'.

KOTA KINABALU – Tiga suspek yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Oktober lalu berkaitan siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dijangka didakwa esok (Khamis).

Berita Harian dalam satu laporan memetik sumber SPRM, berkata ketiga-tiga individu itu yang ditahan menerusi Ops Water Fasa Satu bermula 4 Oktober lalu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, jam 9 pagi.

Pada 4 Oktober lalu, SPRM menahan bekas pengarah berumur 54 tahun dan timbalannya berusia 51 tahun di pejabat mereka, selain akauntan berumur 50 tahun dan individu berpangkat Datuk berumur 55 tahun yang juga abang kepada bekas timbalan pengarah terbabit.

Bekas pengarah dan timbalannya itu didakwa menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek pembinaan infrastruktur asas berkaitan air bernilai RM3.3 bilion sejak tahun 2010 kepada adik-beradik mereka.

Berikutan penahanan itu, SPRM menyita wang tunai berjumlah RM52.2 juta dengan masing-masing RM45 juta daripada bekas pengarah dan RM7.2 juta lagi daripada timbalannya.

Semua wang terbabit ditemui disembunyikan dalam rumah, pejabat dan kereta milik suspek.

SPRM turut merampas, menyita dan membekukan harta lain milik suspek termasuk sembilan kenderaan mewah, geran tanah (127 keping), beg tangan mewah (98) dan barang kemas (14 kilogram), sejumlah jam tangan mewah serta wang dalam akaun suspek bernilai RM62 juta.

Nilai keseluruhan rampasan terbabit termasuk wang tunai dan wang dalam akaun di luar negara dianggarkan lebih RM180 juta, menjadikannya rampasan terbesar pernah dibuat SPRM dalam sejarah 49 tahun agensi itu sejak dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Seramai 28 orang termasuk bekas timbalan pengarah yang bersara pada tahun lalu, 23 jurutera dan juruteknik serta dua orang awam yang mempunyai kaitan dengan kes itu ditahan menerusi Ops Water Fasa Satu dan Dua.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, sebelum ini melaporkan seramai 200 saksi dirakam percakapan selain menganalisis serta menyemak dokumen seberat 12 tan berkaitan siasatan kes berkenaan.