Tiga Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Kg Jaya Batu 3, Kunak

320

KUNAK: Tiga rumah musnah dalam satu kebakaran di Kampung Jaya Baru 3 di sini petang semalam (Isnin).

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini (Selasa), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.35 petang dan sepasukan dari balai itu bergegas ke tempat kejadian kira-kira 2 km dari balai berkenaan.

Kebakaran melibatkan tiga rumah iaitu dua rumah jenis tidak kekal dan sebuah jenis kekal, manakala dua kenderaan dan dua motosikal turut musnah dalam kejadian itu.

“Pasukan Bomba berusaha mengawal dan memadam kebakaran seterusnya memastikan kawasan persekitaran dalam keadaan selamat.

“Operasi terkawal kira-kira pukul 7.15 malam dan tamat pada pukul 10.21 malam dengan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” kata kenyataan itu.