Tiga Rentung Dalam Kebakaran Di Kampung Baru Sandakan Lewat Isnin

Gambar hiasan sahaja.
Gambar hiasan sahaja.

SANDAKAN – Tiga orang rentung selepas sebuah rumah di Kampung Baru, Batu 18 dekat sini, musnah dalam kebakaran Isnin malam.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, mereka dikenali sebagai Nurul Natasha, 11, and Nurul Musdalifah, 10, dan Osman Lawidu, 60.

Kenyataan itu menambah mayat ketiga-tiga mangsa yang rentung ditemui oleh anggota bomba dalam rumah tersebut.

Menurut kenyataan itu, bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.30 malam dan anggota-anggota bomba bersama jentera tiba di tempat kejadian pada 10.11 malam.

Operasi memadamkan kebakaran dijalankan oleh 10 anggota bomba menggunakan dua jentera dan sebuah kenderaan utiliti.