Tiga Nelayan Diculik Di Perairan Lahad Datu

189

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Tiga nelayan Indonesia dipercayai diculik dari sebuah bot milik lelaki tempatan ketika berada di perairan Tambisan, Lahad Datu berhampiran selatan Filipina.

Semua mangsa dipercayai diculik tujuh lelaki lengkap bersenjata dan bertopeng yang menggunakan dua bot pam pada pukul 12 tengah hari ini.

HAZANI GHAZALI

Penculik berkenaan dipercayai daripada kumpulan culik untuk wang tebusan (KFR).

Ketiga-tiga mangsa ialah Maharudi Lunani, 48, Muhammad Farhan, 27, dan Samiun Maneu, 27.

Menurut sumber, sebaik menerima maklumat, pihak berkuasa yang melakukan pencarian menemukan sebuah bot kosong dalam keadaan enjin masih hidup di perairan Tambisan.

Sementara itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan.