Tiga Bot PGA Di Lahad Datu Terbakar; Tiada Kecederaan Dilaporkan

1096
Seorang jurumudi sedang mengisi minyak di sebuah bot sebelum melihat api menyala di bahagian tempat duduk belakang berdekatan dengan saluran minyak. – Gambar-gambar ihsan BOMBA Lahad Datu

LAHAD DATU: Lima bot milik Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terbakar dipercayai berlaku ketika proses mengisi minyak dilakukan ke tangki salah sebuah bot sebelum terbakar di jeti Pangkalan Polis Marin, di sini, Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, empat bot iaitu bot Banggi 27, Vanguard 11, Vanguard 12 serta Cenderawasih musnah 100 peratus manakala bot Banggi 28 terbakar 10 peratus.

Menurut sumber, seorang jurumudi sedang mengisi minyak di sebuah bot sebelum melihat api menyala di bahagian tempat duduk belakang berdekatan dengan saluran minyak ke dalam tangki bot.

“Ketika api menyala, jurumudi bersama seorang anggota polis yang membantunya mengisi minyak ke dalam bot berusaha untuk memadam api namun tidak berjaya.

“Api semakin marak dan dua anggota sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Sumber berkata, akibat kejadian itu, menyebabkan bot musnah dan rosak teruk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

Selepas api dipadamkan.

Terdahulu, Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.50 pagi menyatakan lima bot terbakar.

“Seramai 12 pegawai dan anggota bomba bersama sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian sebelum api berjaya dipadamkan menggunakan semburan buih pada jam 12.12 tengah hari,” katanya dalam kenyataan media, di sini, Jumaat. – Norasikin Daineh dan Ainul Durmahyanty Durming/bharian.com.my

BACA LAGI DISINI: –

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/03/394918/bot-pga-terbakar