Tiga Bekas Ketua Menteri Bertanding PRN Sabah?

KOTA KINABALU: Politik Sabah sememangnya selalu menarik dan berwarna-warni. Setiap kali pilihan raya diadakan, ahli-ahli politik lama pasti berkeluaran daripada lubuk persembunyian masing-masing.

Kali ini tidak banyak bezanya, ahli politik lama dan yang baharu merangkak keluar untuk menentang pakatan Warisan Plus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada akhir bulan depan.

Antara mereka yang dijangka mencuba nasib kali ini termasuk beberapa ahli politik veteran yang pernah menjadi memimpin negeri ini, yang sejak sekian lama hidup senyap sejak beberapa tahun ini.

Mereka yang dipercayai ikut serta ialah bekas-bekas ketua menteri termasuk Tan Sri Chong Kah Kiat, Datuk Seri Salleh Tun Said dan Datuk Seri Yong Teck Lee. Tidak lupa juga bekas speaker parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Seorang lagi pemain utama politik ialah Datuk Seri Anifah Aman yang dikatakan sudah merancang untuk bertanding dikebanyakan atau di semua kerusi melalui Parti Cinta Sabah. Beliau menyertai parti itu baru-baru ini.

Menurut laporan Star, Pandikar diramalkan untuk mengambil alih parti USNO dalam rancangannya untuk kembali dalam arena politik Sabah. Bagaimanapun, beliau menafikan khabar angin itu.

Sementara itu, bekas komponen Barisan Sabah, Parti Demokratik Liberal (LDP) juga dikatakan merancang untuk bertanding  di antara 25 dan 40 kerusi di mana ini akan menyaksikan kembalinya bekas orang kuat politik, Chong Kah Kiat.

Chong adalah bekas ketua menteri Sabah pada 2001-2003 dan beliau dikatakan mahu bertanding kerusi negeri Kota Kinabalu. Pun, beliau juga belum mengiyakan spekulasi liar ini.

Seorang lagi orang kuat dalam politik Sabah tetapi belum mengesahkan mana-mana langkah yang diambilnya ialah Salleh Said, yang ketika ini masih belum mempunyai parti. Permohonannya untuk menyertai Umno belum lagi mendapat kelulusan.

Parti lain yang kemungkinan tidak mahu ketinggalan dalam perebutan kerusi melalui pilihan raya ini ialah Parti Progresif Sabah yang dipimpin oleh Yong Teck Lee, Parti Anak Negeri pimpinan Datuk Henrynus Amind dan juga Parti Gagasan Rakyat Sabah.

PRN akan diadakan akhir bulan depan. Dewan dibubarkan berikutan kegagalan parti pembangkang pimpinan bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman, menjatuhkan kerajaan Warisan. PRN kali ini akan sesak dengan kira-kira 12 parti politik menyandarkan calon masing-masing.

Warisan Plus yang merangkumi Parti Warisan Sabah, PKR, DAP dan Upko sudah dijangka menghadapi tentangan utama daripada Umno Sabah, Sabah Bersatu and Parti Bersatu Sabah (PBS).

Pencabar lain yang tidak mahu ketinggalan termasuk Parti Bersatu Rakyat Sabah, Star Sabah, MCA Sabah dan PAS Sabah.

Gabungan pembangkang belum lagi mengatur formula berkongsi kerusi atau negeri jika mahu menggunakan simbol yang sama untuk pilihan raya.

Orang kata, masih awal lagi untuk merancang segala-galanya tetapi yang pasti pilihan raya kali ini akan memecahkan undi. Ini belum lagi mengambil kira penyertaan calon bebas yang turut mencuba nasib.