Tiga Bayi Labuan Lahir Hari Merdeka

102

LABUAN: Musim cuti adalah masa keseronokan, namun ada yang mempunyai makna yang lebih mendalam.

Hari Merdeka dirayakan pada 31 Ogos adalah mengenai pengorbanan, kemerdekaan dan kebebasan.

Bayi yang dilahirkan pada hari perayaan ini adalah calon yang wajar untuk nama mereka diilhamkan sempena kemerdekaan.

Sekurang-kurangnya tiga bayi dilahirkan pada Hari Kemerdekaan di Labuan dengan masa kelahiran direkodkan hampir serentak dari pukul 8 malam hingga 10 malam tadi.

Seorang kakitangan sektor swasta, Vivie Murhizawatie Murkam, 36, dari Bukit Kuda berkata, dia melahirkan anak keduanya, dengan berat 2.98kg pada pukul 8.02 malam tadi.

Air tetubannya pecah kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin (Sabtu) tetapi tidak banyak kontraksi dan dia segera dihantar ke hospital untuk pemeriksaan menyeluruh.

“Kami sangat teruja untuk berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak kami bertepatan dengan Hari Kemerdekaan ke-62 negara ini,” katanya yang suaminya adalah kakitangan awam di Jabatan Air Labuan.

Bayi kedua berat 2.68kg dilahirkan pada 8.44 malam oleh ibu berusia 18 tahun, Siti Aineh Haidil.

Dan bayi lelaki ketiga dengan berat 2.62kg dilahirkan pada pukul 10.34 malam oleh ibu berusia 19 tahun, Noorhidayahnih Rasmi @ Rosni.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, adalah satu kebanggaan Labuan mempunyai bayi lahir pada hari Merdeka.

“Tahniah kepada keluarga-keluarga ini yang berpeluang peroleh anak kelahiran sempena kemerdekaan,” katanya.

Pengarah Hospital Nukleus, Dr. Adnan Musa Balidran berkongsi pendapat Dr Ismuni dengan mengatakan bahawa hospital itu akan melakukan yang terbaik untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan beretika kepada pesakit.

Anggota Parlimen Datuk Rozman Isli juga berada di hospital untuk mengalu-alukan bayi yang baru dilahirkan dan mengucapkan tahniah kepada keluarga.

Beliau juga menyampaikan hadiah kepada ketiga-tiga keluarga tersebut.