Tidak Undi BN Ertinya Anda ‘Palui’

Kepada Editor,

SURAT: Tonton dan dengar kandungan video (diselit) ini yang sedang tengah tular di media sosial.

Bekas perdana menteri Malaysia yang disabit kesalahan, boleh didengar dalam video itu yang dirakam dalam satu kegiatan berkempen berkata seperti demikin “kalau tak undi BN awak palui.” Palui bermakna bodoh dalam bahasa Sabah.

JD LOVRENCIEAR

Barangkali ramai yang akan bersetuju bahawa kenyataan ini adalah ‘ibu kepada segala penghinaan’ yang ditujukan kepada penduduk tempatan di negara yang kita kasihi ini.

Menggunakan perkataan ‘bodoh’ ke atas rakyat adalah amat menghina dan memperkecilkan insan – tidak kira siapa dan di mana. Melabelkan pengundi sebagai bodoh kerana tidak mengundi parti politik tertentu merupakan tindakan menodai kesucian hak perlembagaan seseorang.

Berapa banyak lagi penghinaan yang mesti diterima oleh rakyat Malaysia?

Atau adakah penghinaan seperti itu dalam aktiviti berkempen tidak perlu dihiraukan dengan mengiyakannya sahaja sambil tersenyum atau dibantah secara ringan?

Oleh itu, pemimpin sivil masyarakat patut dengan serius bertemu, berbincang dan mewujudkan satu kelas tindakan untuk dikenakan kepada pemimpin lain yang menyangka mereka ada moral dan lessen  untuk menghina rakyat lain di negara ini dengan mengeluarkan kata-kata kesat sesuka hati mereka.

Jika kita tidak serius menghentikan dengan segera ugutan, sindiran dan niat tidak senonoh

di kalangan ahli politik dalam jejak kempen, kita semua akan bersalah kerana menggalakkan budaya kotor dan pemikiran korup di negara ini.

* JD Lovrenciear adalah pembaca Borneotoday

BERITA BERKAITAN: –

Bingkasan: Pengundi Sabah Bukan Palui