TERKINI : Tindakan Pantas Polis Selamatkan Kanak-kanak Tebusan

2799
Omar Mammah meninjau operasi polis menyelamatkan kanak-kanak perempuan yang dijadikan tebusan di Pangsapuri Telipok Ria, Tuaran.

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Kepantasan anggota polis bertindak berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki di sebuah rumah di Pangsapuri Telipok Ria di sini kira-kira pukul 5.30 petang ini.

Terdahulu dalam kejadian pada pukul 1 petang ini, suspek yang belum dikenal pasti identitinya telah menculik kanak-kanak berkenaan di salah sebuah rumah di situ untuk dijadikan tebusan.

Suspek yang berumur 30-an itu kemudiannya mengancam untuk mencederakan mangsa sambil mengacu pisau di lehernya.

Orang ramai menyaksikan usaha pihak polis menyelamatkan kanak-kanak perempuan yang dijadikan tebusan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, ketika berunding, suspek turut mengancam untuk menghumban kanak-kanak malang itu dari luar tingkap tingkat empat rumah tersebut menyebabkan pihak polis tidak mempunyai pilihan lain.

“Kami sudah cuba berunding tetapi suspek enggan, justeru tembakan dilepaskan yang mengenai badan dan kepala suspek sehingga membunuhnya.

ARWAN HATTA

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, kes disiasat sebagai cubaan membunuh dan siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mengalami masalah mental.

“Kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan tetapi ada kesan kelar dilehernya, bagaimanapun mangsa selamat dan telah dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan segera,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, saksi kejadian, Arwan Hatta, 41, berkata, dia bersama jirannya sedang bermain domino di luar rumahnya apabila suspek datang dengan muka yang bengis dan membawa pisau.

Paramedik dan orang awam mengangkat kanak-kanak perempuan yang berjaya diselamatkan selepas dijadikan tebusan di Pangsapuri Telipok Ria, Tuaran.

“Tuan rumah sedang sembahyang di dalam rumah ketika suspek datang bersama kanak-kanak tersebut dan mengarahnya untuk keluar,” jelas beliau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, kes disiasat sebagai cubaan membunuh dan siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mengalami masalah mental.

Katanya, polis berunding dengan suspek selama 4 jam, namun lelaki terbabit mengancam untuk menghumban mangsa melalui tingkap dapur bangunan itu.

Suspek yang ditembak mati. – Gambar internet

“Sepasukan polis iaitu seorang pegawai dan 10 anggota dikenali sebagai Pasukan Mondou dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran telah memasuki tempat kejadian dan menembak mati suspek dengan empat das tembakan.

“Suspek ditembak mati dengan dua kesan tembakan di tengkuk kanan, satu di pipi dan satu di lengan kanan,” katanya.

BERITA BERKAITAN: –

Suspek Ditembak Mati

Kanak-kanak Dijadikan Tebusan Di Telipok Ria