TERKINI: SFI Akan Bayar Gaji Bulan Februari Pada Atau Sebelum 20 Mac

KOTA KINABALU: Sabah Forest Industries (SFI) Sdn Bhd akan membayar gaji bulan Februari 2017 kepada semua pekerjanya pada atau sebelum 20 Mac ini.

Pengurus Besar Sumber Manusia SFI, M Susiman dalam kenyataannya malam ini (Khamis) berkata pembayaran gaji semua pekerja SFI untuk bulan Februari agak terlewat disebabkan kekangan kewangan.

“Sebelum ini sehingga bulan Januari 2017, kami di pengurusan SFI sentiasa konsisten membayar gaji pekerja.

Bagaimanapun untuk bulan Februari, pembayaran gaji agak terlewat disebabkan kekangan kewangan,” katanya dalam satu laporan Bernama.