Terkini! Banjir Di Pitas – 27 Keluarga Di Kampung Rukom Ulu Dipindahkan

 kampung di kawasan berkenaan turut dinaiki air berikutan bacaan paras air di Sungai Kebatasan dan Sungai Bengkoka berhampiran kampung berkenaan mula melimpah.
Sepuloh kampung di Pitas turut dinaiki air berikutan bacaan paras air di Sungai Kebatasan dan Sungai Bengkoka berhampiran kampung berkenaan mula melimpah.

PITAS – Sebanyak 27 keluarga di Kampung Rukom Ulu, dekat sini dipindahkan selepas kampung itu dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak malam tadi (Selasa).

Colonel Mulliadi Al-Hamdi
Colonel Mulliadi Al-Hamdi

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata semua mangsa yang terdiri daripada 25 lelaki, 27 wanita, 42 kanak-kanak lelaki dan 41 kanak-kanak perempuan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Rukom kira-kira 12.45 tengah hari tadi (Rabu).

Beliau berkata sembilan lagi kampung di kawasan berkenaan turut dinaiki air berikutan bacaan paras air di Sungai Kebatasan dan Sungai Bengkoka berhampiran kampung berkenaan mula melimpah serta berada pada paras bahaya ekoran hujan berterusan sejak 10 malam tadi.

“Sungai Kebatasan berada pada paras 6.15 meter (m), melebihi tahap paras bahaya enam meter; manakala Sungai Bengkoka menunjukkan bacaan empat meter iaitu pada paras bahaya.

“Kampung yang terlibat ialah Kampung Bilangau Besar, Kampung Sinasak Batu, Kampung Sibaung, Kampung Kusilad, Kampung Pandan Mendamai, Kampung Salimpodon Darat, Kampung Pinggan-Pinggan, Kampung Indah dan Kampung Dandun,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata tujuh laluan utama di kawasan terbabit tidak dapat dilalui kenderaan ringan dan hanya boleh dilalui kenderaan berat serta pacuan empat roda sahaja.

“Aktiviti pemantauan sedang dijalankan di kampung yang terjejas dan kampung yang berisiko dilanda banjir,” katanya.