Terbabas Sendiri, Pemandu Lori Maut

KINABATANGAN: Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dinaiki terbabas sendiri di Jalan Raya Kampung Paris 2, di sini awal pagi Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya itu pada 5 pagi dan seterusnya sebuah jentera bersama seorang pegawai dan tiga anggota bergegas ke lokasi yang terletak sejauh 52km dari Balai Bomba Kinabatangan.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang lelaki yang menaiki lori lima tan didapati terbabas sendiri di bahu jalan.

Mangsa, Parman Ahmad,27, didapati tersepit dan pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan hydraulic cutter.

Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan. Polis mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.