Teater Muzikal Huminodun Pada 28-29 Mei Ini

KOTA KINABALU: Persatuan Sukaseni Kuala Lumpur (SUKASENI) dan Persatuan Bantuan Masyarakat Sabah (BANTU) dengan kerjasama Stage Production ingin mengadakan tayangan Teater Muzikal bertajuk “Huminodun : Princess of Nabalu The Musical”.

Program ini akan memberi fokus kepada keunikan penceritaan asal-usul pembentukan sesebuah kominiti.

Dalam keadaan ekonomi dan juga situasi impak pada Covid-19, program ini dipercayai sedikit sebanyak membantu melonjakkan,kesedaran kepada masyarakat setempat akan kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan budaya dan warisan khusus pada masyarakat belia/mellinial.

Melalui program ini juga kelestarian budaya masyarakat Sabah dapat dipromosikan samada di dalam negara mahupun di luar negara khususnya negara jiran.

Program Borneo Call-Ture adalah program yang menonjolkan kebudayaan Sabah melalui Teater Muzikal yang bertemakan Pesta Kaamantan.

Teater Muzikal ini mengetengahkan tentang penceritaan “Huminodun” yang membawa maksud “Yang Berkorban”.

Dewa Kinoingan serta isterinya Suminundu yang telah mengorbankan dirinya kepada roh bumi sebagai balasan untuk hasil tanaman yang berlimpah untuk umat manusia. Suatu ketika dulu, kaum Kadazandusun mengalami bencana kelaparan karena sumber makanan tak lagi tersedia.

Kinoingan merasa kasihan terhadap kesengsaraan kaum Kadazandusun, lalu mengorbankan Huminodun dan jasadnya disemadikan di bumi lalu tumbuhlah sejenis tumbuhan yaitu padi dan dari situlah suku kaum Kadazandusun mendapat sumber makanan.

Dipercayai juga jelmaan roh Huminodun telah hidup kembali sebagai Unduk Ngadau dari dalam Kaakanan, setelah tujuh hari dia dikorbankan. Jasa Huminodun dikenang dalam perayaan Tadau Kaamatan yang diadakan setiap tahun guna merayakan musim menuai.

Teater Muzikal bertajuk “Huminodun: Princess of Nabalu The Musical” bakal berlangsung pada 28 dan 29 Mei 2022, bertempat di Auditorium, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah. Tiket boleh didapati secara atas talian (ticket2u.com.my).

Dana bagi program ini disalurkan sepenuhnya oleh Yang Berhormat Datuk Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah & Sarawak).

Oleh itu, program ini disokong penuh oleh Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah & Sarawak) dan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan.