Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.59 pagi.
Katanya, sepasukan 11 pegawai dan anggota bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari BBP Lintas dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 26 kilometer dari balai.
“Pasukan bomba kemudiannya menasihati pemilik rumah untuk mengosongkan kawasan berkenaan dan berpindah ke tempat selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, pihaknya mengesan terdapat pergerakan tanah yang masih berlaku serta keadaan cuaca yang masih hujan.
Katanya, operasi ditamatkan pada jam 7.16 pagi.