Taklimat Berkaitan Keselamatan, Tren Jenayah Setempat Dan Pencegahan

ASP Merbin semasa menyampaikan taklimat keselamatan pada program itu.
ASP Merbin semasa menyampaikan taklimat keselamatan pada program itu.

OLEH AMAN KASSIM
KENINGAU: Penduduk kampung khususnya pemimpin-pemimpin masyarakat perlu mengetahui isu-isu semasa terutama yang berkaitan dengan keselamatan dan pencegahan jenayah.

Ketua Bahagian Pengurusan Daerah IPD Keningau ASP Merbin Lisa berkata, ini amat penting supaya mereka (pemimpin) dapat memberi kerjasama kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani isu-isu keselamatan.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan taklimat semepna Program Taklimat Dan Dialog Isu-Isu Semasa Daerah Keningau Mukim Senagang di Balai Budaya Kg. Ketitan Ulu pada Jumaat.

Merbin menyampaikan taklimat berkaitan isu keselamatan, trend jenayah setempat dan pencegahan jenayah.

Katanya, dalam hal ini masyarakat boleh melibatkan diri dalam membantu pihak polis menangani isu-isu keselamatan dan jenayah.

Kelihatan seorang pemimpin masyarakat mengemukakan persoalan pada program dialog itu.
Kelihatan seorang pemimpin masyarakat mengemukakan persoalan pada program dialog itu.

Antara lain tujuan program itu adalah mengenbalpasti masalah dan isu-isu yang berlaku di Mukim Senagang yang melibatkan enam buah kampung.

Selain itu ia juga memberi penerangan dan menjawab persoalan-persoalan daripada penduduk kampung yang disampaikan oleh Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) kampung masing-masing.

Program itu turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Mohd Guntur Datuk Arif, Pegawai Penerangan Daerah Keningau Hendry Nurdin, Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Keningau Gunasegaran a/l Krishnan dan ketua-ketua jabatan dan agensi yang berkaitan.

Sementara itu, pemimpin-pemimpin masyarakat yang hadir menyambut baik program itu dan mencadangkan ia akan diadakan berterusan pada masa akan datang.