Sylvia John Letak Jawatan Dari STAR; Dilantik Ketua Wanita PBDS Baru

Sylvia John, kanan, dengan Cobbold John dan Rapelson Richard pada sidang akhbar.

Oleh BORNEOTODAY
KUCHING: Sylvia John, bekas Ketua Wanita Parti STAR peringkat negeri Sarawak, dilantik sebagai protem Ketua Pergerakan Wanita Parti Bansa Dayak Sarawak Baru.

Beliau telah mengumumkan perletakan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta pada Isnin, 19 Mac 2018 di Telang Usan, Kuching.

Beliau juga merupakan juga merupakan calon potensi wanita PBDSB pada Pilihan Raya Umum ke-14.

SYLVIA JOHN

Menurut satu kenyataan akhbar dari PBDS Baru, peryertaan beliau adalah untuk melengkapkan struktur PBDS Baru dan memberi peluang untuk wanita Dayak menjadi pemimpin.

Sylvia berkata dia menyertai PBDS Baru bagi memperjuangkan hak orang asal di Sarawak terutama sekali kaum Dayak yang samarata supaya setaraf dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

Beliau juga menjelaskan bahawa PBDS Baru merupakan parti tempatan yang ideal dalam memperjuangkan hak Dayak dan Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di mana Sarawak adalah rakan kongsi sama rata dengan Sabah dan Malaya.

“Saya juga mohon agar lebih ramai masyarakat Dayak dan rakan seperjuangan untuk menyertai PBDS Baru yang merupakan parti Dayak tempatan. Kita harus bersatu dalam satu parti untuk menjadi lebih kuat. Kita haruslah membina lebih banyak “Generals instead Foot soldiers”, ujar beliau.

“PBDS Baru adalah parti yang relevan dalam memperjuangkan Dayak sebagai Ketua Menteri Sarawak menjelang Tahun 2021 (boleh jadi lelaki atau perempuan) dan juga resolusi kepada masalah Dayak yang lain seperti Tanah Hak Adat Dayak (NCR), jurang ekonomi luar Bandar, peluang pekerjaan Dayak dalam sector awam.

“PBDS Baru juga menawarkan 100% kuasa pengurusan minyak dan gas, selain mengembalikan MA63, membanteras kemiskinan di kalangan masyarakat Dayak, menghormati Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Sylvia dilahirkan pada 5 Julai 1980 di Sibu. Berasal dari Tatau, beliau bergiat aktif dalam Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) sejak 2014 hingga sekarang. Beliau berpendidikan Diploma In Business Computing (1998 – 2002) dari Kolej Informatics Miri.