Syarat Kemasukan MRSM Pelajar Miskin, Sabah Dan Sarawak Dilonggarkan

mara

KUALA LUMPUR – Syarat kemasukan ke Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi pelajar miskin bandar dan luar bandar serta Sabah dan Sarawak bakal dilonggarkan manakala golongan Orang Kurang Upaya, Orang Asli, miskin tegar dan anak yatim akan disediakan ‘laluan khas’.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan demikian berkata perkara tersebut akan dibincangkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun depan.

tupper4

Bagi pelajar miskin bandar dan luar bandar, syarat minimum kemasukan yang dicadangkan adalah keputusan 3A 3B manakala pelajar Sabah dan Sarawak 3A 2B 1C, katanya dalam satu laporan Bernama.

“Kita juga akan meminta reaksi orang ramai berhubung cadangan tersebut. Jika sesuai kita laksanakan,” kata Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO kepada pemberita selepas merasmikan program Back To School 2017 Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di sini Selasa.

Pada majlis itu, Ismail Sabri tutut mengagihkan beg sekolah kepada wakil Pemuda dan Puteri UMNO dari setiap negeri.