[email protected] Perkenal 40 Chalet Baharu

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA BELUD: [email protected] Island Resort & Spa melangkah setapak ke hadapan untuk kembali bangkit seiring dengan usaha pemulihan industri pelancongan yang terjejas semasa pandemik Covid-19.

Dengan menguna pakai inisiatif gelembung perjalanan (travel bubble), Sutera Harbour mula membawa masuk pelancong tempatan ke resort yang terletak di Pulau Mantanani Besar ini.

Memperkenalkan 40 chalet premium baharu, [email protected] dilihat mampu menarik kemasukan lebih ramai pengunjung tempatan ke resort tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sutera Harbour, Gilbert Ee berkata, pembukaan lebih banyak chalet ini dilihat mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan terutama golongan belia.

Beliau berkata, [email protected] sentiasa berusaha membawa impak positif kepada komuniti setempat dengan menyediakan latihan bagi melahirkan pekerja berkemahiran.

Tambahnya, mereka ingin membantu golongan belia tempatan terlibat dalam bidang hospitaliti bagi membolehkan mereka meningkatkan taraf hidup keluarga.

Katanya, dengan pelaksanaan gelembung perjalanan ini, [email protected] sentiasa memberi perhatian penuh kepada keselamatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).