Suspek Rogol Remaja 14 Tahun Diburu

Gambar hiasan

TAWAU: Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol seorang remaja berusia 14 tahun di Kampung Apas Parit baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita warga asing yang menyatakan anak angkatnya dirogol seorang lelaki yang dikenali.

Siasatan awal mendapati suspek tinggal sekampung dengan mangsa dan mangsa telah lama mengenali suspek.

Mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan.