Sumbangan Van Sebenarnya Untuk Pejabat Kesihatan Semporna

SEMPORNA: Sumbangan van yang diubah suai untuk membawa pesakit yang dijangkiti Covid-19 di daerah ini sebenarnya disumbangkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Semporna.

Laporan awal Borneo Today yang menyatakan Shafie menyumbangkan van untuk kegunaan Hospital Semporna terdapat sedikit kesilapan.

Dimaklumkan penerima sebenar sumbangan van itu adalah PKD Semporna dan bukan Hospital Semporna seperti yang dilaporkan awal tadi.

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menyumbangkan van berkenaan untuk membantu PKD Semporna dalam membawa pesakit positif Covid-19 yang memerlukan khidmat pengangkutan untuk ke hospital.

Van berkenaan diubah suai mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi membolehkan ia bertindak sebagai kenderaan yang boleh digunakan apabila ambulans tidak mencukupi.

Sehingga kini Semporna merekodkan 1,746 kes positif Covid-19.